Iklim Lautan Subkutub Iklim_lautan

Kawasan beriklim Lautan Subkutub bercirikan iklim lautan, cuma terletak lebih dekat dengan kawasan Kutub. Oleh itu, kawasan ini lebih sejuk berbanding iklim lautan yang lain. Namun demikian, iklim Lautan Subkutub kurang terdedah kepada suhu melampau berbanding iklim subartik ataupun iklim kebenuaan lembap, bercirikan musim sejuk lebih sederhana berbanding kedua-dua iklim tersebut. Iklim Lautan Subkutub mengalami selebih-lebihnya tiga bulan suhu purata bulanan melebihi 10°C (50°F). Seperti iklim lautan, tiada suhu purata bulanan yang kurang daripada -3°C (26.6°F). Biasanya ditandai Cfc, jenis iklim lautan ini ditemui di sesebahagian pesisiran Iceland, Kepulauan Faroe, kawasan pantai barat laut Norway sehingga 70°U di beberapa pulau, pulau-pulau selatan Alaska dan sesebahagian Tangkai Alaska, kawasan paling selatan Chile dan Argentina, dan kawasan pergunungan Eropah, termasuk Tanah Tinggi Scotland dan tanah tinggi berhampiran pesisir barat daya Norway.

Bandaraya terkemuka yang beriklim Lautan Subkutub

Rujukan

WikiPedia: Iklim_lautan http://www.bom.gov.au/climate/averages/tables/cw_0... http://www.climate-charts.com/Locations/t/TU17040.... http://www.weather.com/outlook/travel/businesstrav... http://www.weather.com/outlook/travel/businesstrav... http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://www.uwsp.edu/geo/faculty/ritter/geog101/tex... http://www.epic.noaa.gov/epic/ewb/ http://dapper.pmel.noaa.gov/dchart/ http://www.niwascience.co.nz/edu/resources/climate...